Semasa chekdee dok di BA, kami sekeluarga telah menganggap Klinik Tan dan Mano BA adalah klinik untuk keluarga kami. Chekdee sekeluarga sangat serasi dengan Doktor Aminah. Dia adalah seorang doktor yang prihatin dan mempunyai kepakaran dalam bidang tugasnya. Tapi ...... (kata sofiah..... doktor Aminah ni pandai Biology jer....tak pandai mathematik.....ukhusss) ...telah berlakulah satu kejadian di mana doktor ini telah menodai kepercayaan pelanggan setianya. Mulanya, apabila doktor ini mengadu masalah kewangan akibat suaminyer yang sakit kuat..... chekdee prihatin juga...lantas, chekdee pun meminjamkan RM5k kepada beliau.
Sejak dari awal tahun 2006 hinggalah 2008 .....doktor ini seolah-olah telah melupakan hutangnya kepada chekdee. Sejak dari itu juga, bila chekdee minta dia bayar balek hutangnya...... 1001 alasan diberikan....... sehinggakan satu hari...chekdee terceritalah kisah ini kepada jiran depan rumah chekdee ....Syarifah. Rupa-rupanyer ....bukan chekdee seorang sahaja yang dah kena ....tetapi duit Syarifah pun, doktor ni pinjam dan menurut Syarifah...... doktor ini juga telah meminjam duit dari beberapa orang lagi kawan-kawannya.
Apabila chekdee discover hal ini, chekdee pun telah menulis satu surat rasmi kepada majikan doktor ini iaitu Dr Mano..... supaya beliau memastikan doktor ini memulangkan semula wang chekdee. Alhamdulillah, penghujung 2009, chekdee dapat balek duit itu tetapi, niat suci chekdee untuk membantu doktor ini telah bertukar menjadi satu konflik kerana...rupa-rupanyer, doktor ini telah menggunakan pelbagai alasan untuk meminjam wang dari pelanggan-pelanggannya.
Moral of the story ...sekarang ni... chekdee tak ada klinik yang best sebagai klinik keluarga kami....... hmmmm... kebanyakkan klinik yang chekdee lawati selepas itu ....doktornyer macam robot...... kasi ubat melalui penerangan pesakit jer.....periksa sikit-sikit jer......
Chekdee berpesan kepada Aisyah (puteri sulong chekdee), supaya jujur dan amanah apabila bertugas sebagai seorang doktor kelak .......Setiap pesakit sangat mengharapkan bantuan dari seorang doktor yang prihatin apabila mereka berhadapan dengan pelbagai penyakit.
Ethika hidup penting sangat .......itulah harapan akhir kita untuk mempercayai Doktor, guru mahupun ahli politik dan orang-orang penting dalam hidup kita.